Home Artikel PAS Perak

Respon Dewan Muslimat PAS Negeri Perak-Pembentukan kerajaan berlandaskan undang-undang

957
SHARE

Respon Dewan Muslimat PAS Negeri Perak-Pembentukan kerajaan berlandaskan undang-undang

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak amat fokus terhadap perkembangan politik yang berlaku dalam kerajaan persekutuan berikutan terbubarnya Pakatan Harapan. Kami berpandangan bahawa Kerajaan Negeri Perak di bawah Pakatan Harapan turut akan terkesan dengan perubahan ini .

Sehubungan dengan itu Dewan Muslimat PAS Negeri Perak sangat berharap agar perubahan tampuk pemerintahan negara yang berjalan berlandaskan undang-undang ini dapat menjaga ketenteraman dan kepentingan rakyat.

Kami juga berharap kerajaan yang bakal dibentuk akan dipimpin oleh pemimpin yang mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan, menjaga kesucian dan kemurnian Islam seterusnya memakmurkan kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak menyeru seluruh kepemimpinan dan ahli di peringkat cawangan, kawasan dan negeri sentiasa meletakkan wala’dan thiqah kepada apa-apa yang diputuskan oleh pihak kepemimpinan demi membina negeri Perak yang aman dan sejahtera.

Kami berdoa agar kerajaan baru yang akan terbentuk nanti sama ada di peringkat persekutuan ataupun di peringkat negeri benar-benar dapat memenuhi aspirasi rakyat yang mahukan negara bangsa yang lebih sejahtera.

Dr Hjh Najihatussalehah bt Ahmad.
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak.

25.2.2020
1hb Rejab 1441H