Home Artikel PAS Pulau Pinang

Muslimat Komited Memenangkan Islam

284 views
SHARE

10 Rejab 1440 H| 17 Mac 2019 | Ahad

Oleh: Nabihah Fauzi

Tasek Gelugor: Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tasek Gelugor (DMPKTG) kali ke-22 hari ini diadakan di Pejabat PAS Merbau Jaya, Sungai Dua.

Seramai 50 orang hadirat yang terdiri daripada perwakilan dan pemerhati hadir memeriahkan mesyuarat agung DMPKTG kali ini. Mesyuarat agung ini dirasmikan oleh Cik Husna binti Dato’ Hashim, Pengarah Ameerah Malaysia.

Dalam ucapan perasmian, beliau memberi taujihat kepada para perwakilan dan pemerhati tentang peranan muslimat dalam PAS dan masyarakat. Tambah beliau lagi, muslimat juga harus berilmu serta cakna dengan isu semasa agar dapat memberi pencerahan dan penjelasan kepada umum dengan penuh adab dalam mendepani fitnah-fitnah yang dihamburkan terhadap PAS.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ini merupakan tahun pemilihan, di mana para perwakilan diberi peluang untuk mengundi calon barisan kepimpinan DMPKTG bagi sesi 2019-2021. Keputusan undian melantik Puan Tuan Bidah bt Syed Mohamad sebagai Ketua Muslimat Kawasan Tasek Gelugor.

Ucapan pergulungan dari wakil setiap cawangan juga berharap agar semua mempunyai tekad untuk terus komited dengan kerja-kerja memartabatkan Islam.

Like & share

#IslamMemimpin