Home Artikel PAS Pulau Pinang

AHLI PAS JANGAN TINGGAL BANGUN MALAM

4578
SHARE

Oleh : Lea Baiduri

Nibong Tebal, 17 Mac : Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Nibong Tebal telah berjaya dilangsungkan di Dewan Khairat Sungai Kechil hari ini.

Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan telah dihadiri seramai 140 orang para perwakilan dan pemerhati.

Ustaz Nasruddin dalam ucapannya mengingatkan agar ahli PAS jangan tinggal bangun malam (qiamulail) kerana ia sebagai menjana kekuatan dalam menghadapi segala ancaman dan dugaan dalam perjuangan.

Beliau juga menegaskan agar meningkatkan keyakinan dan kebergantungan kepada Allah, menambah ilmu agama, rapatkan saf dengan menghadiri usrah dan program, wala’ pada pimpinan dan menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat.

‘Berjuang bukan syarat menang, tetapi untuk menang syarat kena berjuang dan berjuanglah ikhlas kerana Allah’ tambah beliau lagi.

Pemilihan mesyuarat kali ini telah memilih Nor Zamri Latiff sebagai Yang DiPertua (YDP) Pas Kawasan manakala Timbalan YDP, Ustaz Shukri Che Yunus, Naib YDP, Sazali Kamay dan Ketua Urusan Ulama, Ustaz Rijaluddin Yahya menang tanpa bertanding.

Dalam majis sama turut disampaikan Anugerah Tokoh Istiqamah kepada mantan YDP Abd Rahman Ramjan dan Kalsom @ Salmah Lazim.