Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Muslimat Diseru Perkukuh Agenda ‘AKIFI

121
SHARE

Oleh: Tengku Tasnim

SHAH ALAM, 18 Oktober – Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh menekankan pengukuhan agenda ‘AKIFI dalam kalangan muslimat agar mampu menggalas cabaran dan ujian akhir zaman.

Tegas beliau lagi, seluruh Muslimat PAS harus menghayati keperluan khusus muslimah dalam beramal sebagaimana yang diabadikan dalam surah al-Ahzab ayat 29 hingga 36, antaranya meluruskan matlamat hidup dan menghindari amalan fahisyah.

Selain itu katanya, muslimah juga perlulah mentaati segala perintah Allah dan Rasul, menjaga batas aurat, kehormatan diri, pergaulan dan ikhtilat, membudayakan ilmu berteraskan al-Quran dan hadith, menghayati 10 sifat golongan Muhsin (‘AKIFI), serta melibatkan diri dalam usaha menegakkan hukum Allah SWT.

“Menang atau kalah di dunia ini dalam persaingan mendapatkan kuasa, kita serahkanlah kepada Allah SWT. Kita berusaha sedaya mampu dan sentiasa mengharapkan kemenangan daripada Allah SWT, dengan bantuan tentera yang kita tidak sangka-sangka,” ujarnya dalam ucapan Ucaptama Ketua DMPM.

Tambah beliau lagi, muslimat perlu menghayati sejarah perjuangan dan kemenangan para nabi dan rasul serta ulama pewaris yang berjaya menyampaikan kebenaran dengan penuh keyakinan dan istiqamah walaupun ada dalam kalangan mereka ditolak oleh kaumnya.