Home Berita PAS Pulau Pinang

MUSLIMAT DISARAN ISTIQAMAH PROGRAM MUNAJAT ‘AKIFI

970
SHARE

Oleh : Lea Baiduri

Nibong Tebal, 10 Mac : Dewan Muslimat PAS Kawasan Nibong Tebal (DMPKNT) telah selesai mengadakan mesyuarat agung buat kali ke 21di Dewan Restoran Diana di sini, hari ini.

Kehadiran perwakilan dan pemerhati termasuk Ahli jawatankuasa yang kebanyakan dari kalangan muslimat muda menyaksikan kebangkitan anak-anak muda dalam usaha memperkasakan lagi parti Islam.

Timbalan ketua muslimat, Ustazah Dina Omar dalam ucapannya menyarankan agar program kebajikan menjadi agenda utama muslimat dalam mendekati masyarakat.

Menurutnya lagi, ‘muslimat perlu istiqamah dalam program munajat ‘akifi secara bersendirian mahupun berkumpulan samada diperingkat cawangan atau kawasan.

“Nilai kekuatan dan kelemahan ahli adalah usrah dan ziarah” tambahnya lagi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ketua Dewan Ulamak Negeri Pahang, Ustaz Mokhtar Senik, selaku perasmi mesyuarat dalam taujihatnya berkata ahli PAS mestilah bangun malam (qiamulail), solat berjamaah, banyakkan membaca AlQuran dan sentiasa menjaga ukhuwah.

“Hendak kenal Islam, kenalilah PAS, kerana apa yang PAS bawa adalah ‘copy paste’ dari Islam” ujar beliau.

Ustaz Mokhtar turut menandatangani flashcard gimik ‘PAS FOR ALL’ yang telah dilancarkan.

Pemilihan kali ini telah mengekalkan Norliana Yusuf sebagai ketua muslimat dan dua jawatan tertinggi yang lain dengan menang tanpa bertanding.