Home Berita PAS Terengganu

LGBT SEMAKIN MELAMPAU : Kerajaan PH perlu memandang serius isu ini.

2236
SHARE

KENYATAAN MEDIA AMEERAH TERENGGANU

10 Mac 2019

LGBT SEMAKIN MELAMPAU : Kerajaan PH perlu memandang serius isu ini.

1.Sambutan Hari Wanita Sedunia yang diadakan oleh segelintir pihak di Kuala Lumpur baru baru ini telah mempromosikan LGBT sebagai satu entiti yang perlu diluluskan oleh Kerajaan Malaysia. Tindakan ini telah mengundang kemarahan Ummat Islam di seluruh negara.

2. Ameerah Terengganu mengecam tindakan ini dan menggesa pihak yang terlibat dikenakan tindakan yang sewajarnya daripada Kerajaan Malaysia.

3. Homoseksual didalam Islam adalah satu jenayah yang melanggar tatasusila kekeluargaan dan kemasyarakatan. Allah SWT telah menjelaskan tentang liwat dan perlakuan yang berlaku dikalangan umat Nabi Luth a.s sebagai perbuatan keji.

4. Melihat situasi semasa, peralihan kuasa kerajaan peringkat pusat dan kebanyakan negeri digunakan pejuang LGBT untuk cuba menaikkan status mereka kepada gaya hidup yang ‘dihalalkan’ sama ada daripada sudut agama, budaya mahupun perundangan.Kumpulan LGBT ini bukannya tiba-tiba muncul dalam satu jumlah besar, sebaliknya sudah lama berkembang secara senyap malah dalam sesetengah industri seperti dunia hiburan.

5. Selain itu, Ameerah Terengganu juga ingin menggesa Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Hannah Yeoh yang telah memperuntukkan RM30,000 kepada pertubuhan Sister in Islam (SIS) iaitu pertubuhan liberalisme supaya menarik balik peruntukan ini kerana ianya jelas tindakan yang sangat tidak wajar.

6. Sama-sama kita pelihara negara daripada malapetaka ini sebelum datangnya azab Allah SWT seperti tsunami yang pernah menimpa Aceh satu ketika dahulu. Ia juga bertepatan dengan kaedah syarak yang menuntut kita menutup pintu kejahatan, sekali gus menepati Maqasid Syariah itu sendiri.

7. Kami tidak menghukum golongan ini, tetapi kami ingin mengajak mereka kembali kepada fitrah kejadian yang diciptakan Tuhan yang sempurna pada diri kita. Manusia sifatnya mudah lupa, kami hanya ingin kembalikan ingatan mereka agar menyedari kesalahan yang dilakukan.

“Islam Memimpin”

Zuraida Md Noor,
Pengarah Ameerah Terengganu.