Home Berita PAS Pulau Pinang

JANGAN HINA NABI KAMI ﷺ

1685
SHARE

Dewan Muslimat PAS Kawasan Nibong Tebal membantah penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad ﷺ .

Kami mengesa kerajaan lebih tegas dalam menangani sikap biadap individu yang sengaja mengusik sentimen umat islam dengan mengaibkan batang tubuh Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam, supaya tiada mana-mana pihak berani mengulangi perbuatan itu lagi.

Kami juga menyeru agar semua pihak perlu memahami bahawa keharmonian dan ketenteraman dalam masyarakat pelbagai agama dan budaya perlu dijaga dan diberi perhatian.

Jangan ada pihak yang berani mempersendakan dan merendah- rendahkan agama lain secara membuta tuli.

Norliana Yusuf
Ketua DMPKNT
10/3/19