Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Muslimat Bina Sukarelawan untuk Menangani LGBT

291 views
SHARE

Bangi : Bengkel Menangani LGBT anjuran bersama Lajnah Pendidikan dan Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) serta Association of Muslimah in Nurture and Advocacy (AMNA) telah diadakan dengan kehadiran lebih kurang 55 orang peserta daripada seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Bengkel selama 2 hari ini telah diisi dengan 4 pengisian ilmiah daripada tokoh-tokoh dan pakar dalam bidang masing-masing iaitu;
1. Pengenalan Tentang Fenomena LGBT oleh Prof Madya Dr. Siti Aishah Hassan, Pensyarah Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling UPM
2. LGBT Menurut Perspektif Islam oleh Dr. Safinar Salleh, Pensyarah Jabatan Undang-undang Islam, UIAM
3. Kes-kes Lesbian Positif dan Negatif oleh Dr. Ahmad Rostam Md. Zin, Pakar Psikiatri
4. Pengalaman Kes LGBT oleh Tn Hj. Hushim Hj. Salleh, Kaunselor

Termasuk sebuah forum yang bertajuk, Panduan Menangani Kes LGBT Mengikut Tahap Kes.

Pada akhir bengkel, semua peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani sesi Latihan dalam Kumpulan tentang teknik untuk mendekati golongan LGBT.

Bengkel ini sebagai permulaan bagi menubuhkan kumpulan sukarelawan daripada Parti Islam Se-Malaysia PAS bagi membendung dan menangani isu LGBT yang semakin membarah di Malaysia.

Menurut penganjur, program susulan akan diadakan secara berterusan mengikut fokus dan sasaran yang bersesuaian bagi memastikan Muslimat PAS turut menggalas arahan ke-5 daripada 10 arahan Tuan Guru Presiden iaitu, ‘Dewan Muslimat perlu mendepani isu masyarakat dan menyentuh hati nurani mereka.’