Home Artikel PAS Sabah

Anak muda meriahkan Perkhemahan Tahunan Amal 2018

151 views
SHARE

Oleh : Mustaman Mustain
5 November 2018

SANDAKAN : Perkhemahan Tahunan Amal 2018 yang diadakan di Taman Hiburan Jalil Alip dekat sini telah menghimpunkan anak muda yang cintakan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

Program anjuran Jabatan Amal Malaysia (JAM) Zon Sandakan itu telah diadakan bermula jumaat, 2 November dan berakhir semalam, 4 November.

Selain bertujuan menghimpunkan anggota JAM Zon Sandakan termasuk dari parlimen Batu Sapi, Sandakan, Libaran dan Beluran, ia juga menjadi medan menyuburkan ukhuwah islamiyah sesama anggota.

Sebanyak 8 buah acara telah dipertandingkan dalam perkhemahan kali ini yang menguji kemahiran-kemahiran anggota seperti bidang kejuruteraan, medik, trafik lalu lintas, ikatan, semboyan dan lain-lain.

Berucap merasmikan majlis, Timbalan Yang Dipertua PAS Sandakan, Ramlan Rahimin telah memuji kesungguhan yang ditonjolkan oleh anak-anak muda yang menyertai perkhemahan ini.

Katanya, semangat untuk melaksanakan aktiviti kemasyarakatan melalui JAM ini perlu dipupuk setiap masa kerana orang ramai semakin melupakan aktiviti kebajikan seumpama ini.

Beliau turut berpesan agar JAM perlu menonjolkan diri di dalam masyarakat sehingga orang ramai merasai manfaat dan kebajikan yang dibawa oleh JAM.

Terdahulu, peserta perkhemahan turut melaksanakan gotong royong mengutip sampah pada hari terakhir di sepanjang jalan raya bermula dari Batu 16 hingga Batu 14.

Antara pimpinan yang turut menyertai perkhemahan ini ialah Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah, Masru Mustaqeem, Ketua Jabatan Amal Malaysia Zon Sandakan, Adam Ahmad, dan Pengarah Perkhemahan, Salman Darwis.