Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Muslimat AKIFI: Agenda Perkasa Jiwa Pejuang

521
SHARE

Muslimat AKIFI: Agenda Perkasa Jiwa Pejuang

Oleh: Shazweena Hani

KUALA LUMPUR : Amanah yang dipikul oleh kerajaan kini setelah meraih kemenangan amatlah payah.

Hal ini kerana ujian-ujian kemenangan dan kebendaan duniawi ini telah menjadi kebimbangan Rasulullah SAW sepanjang hayat baginda.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata muslimat perlulah sentiasa menghindari sifat cintakan dunia apabila sudah mempunyai kuasa dan menjauhi rasa takut akan kematian yang boleh datang pada bila-bila masa sahaja.

Demikian peringatan beliau ketika menyampaikan ucaptama dalam Muktamar DMPM yang bermula hari ini.

Menurutnya lagi, jati diri pejuang Islam mestilah diperkasakan menerusi agenda membangunkan Muslimat AKIFI, menyahut cabaran menjadi ahli penggerak parti dan menjadi qudwah hasanah dalam dakwah mahupun siasah hasil tarbiah berterusan yang disediakan oleh PAS.

Dalam ucaptama itu juga, beliau menzahirkan rasa gembira serta bersyukur atas kehadiran semua tetamu dan perwakilan yang hadir ke muktamar tersebut.