Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Muktamar DMPM Lancarkan Gerakan Wanita Sejahtera

305
SHARE

Muktamar DMPM Lancarkan Gerakan Wanita Sejahtera

Oleh: Danisya Ismail

KUALA LUMPUR: Persembahan montaj Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-60 berjaya memukau sidang muktamar yang hadir ke Hotel Premiera, di sini malam ini.

Montaj menarik dipaparkan di dalam muktamar tahun ini merupakan sentuhan pasukan Jabatan Informasi dan Teknologi (IT) Dewan Muslimat PAS Malaysia yang diketuai oleh Jazlina Shafawi.

Terdahulu, seluruh sidang muktamar turut berpeluang menyaksikan montaj pelancaran Gerakan Wanita Sejahtera (GWS) yang telah dilancarkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

GWS berperanan sebagai suara vokal yang terkenal dan menonjol dalam membangkitkan cabaran, isu dan masalah berkaitan wanita dan masyarakat serta menawarkan cadangan solusi yang realistik kepada pemegang taruh dan pihak berwajib.

Selain itu, ia juga berperanan sebagai pemudahcara bagi wanita menyelesaikan cabaran, masalah atau isu yang dihadapi di peringkat individu, rumahtangga mahupun di komuniti tempat tinggal mereka dengan memberikan bantuan dan sokongan yang terbaik.