Home Berita PAS Negeri Sembilan

Muslim Care Malaysia sumbang 50 set barangan buat mangsa banjir Jelebu

157
SHARE

 

Oleh : Faizah MY

KUALA KLAWANG, 26 Disember – NGO Muslim Care Malaysia dengan kekuatan 15 buah kenderaan 4×4, termasuk NGO Peduli ke Markas Operasi Taman Bukit Kempas dan membawa 50 set barangan berupa set dapur masak, tong gas, set bantal, barang keperluan asas, air mineral serta pelitup muka untuk penduduk terkesan banjir di sini.

Banyak barang yang hanyut sewaktu banjir besar yang lepas dan mengakibatkan banyak kerugian kepada penduduk tersebut.

Sehubungan dengan itu, Muslim Care Malaysia melalui ketua rombongannya, Ahmad Safuan Ujar berharap agar barang bantuan yang disampaikan akan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung mereka.

Di antara tempat yang di santuni adalah Kg Kuala Pah dan Kg Kemin, Jelebu dengan diiringi Rohayati Md Din, Ketua LKK Dewan Muslimat PAS Negeri  Sembilan.

Turut hadir membantu Mahmuda Aliman, Pengarah JPRNNS, Jabatan Amal Negeri Sembilan, Brigade Negeri Sembilan, AJK LKK DMP Negeri Sembilan.