Home Artikel PAS Wilayah

Mahathir Dan Najib Mesti Diadili

454
SHARE

BATU, 8 Mei – PAS akan membawa Najib dan Mahathir ke muka pengadilan jika berjaya memerintah Malaysia. Hal ini dijelaskan oleh Ustaz Azhar Yahya, calon PAS bagi P115 Batu.

Ustaz Azhar dalam salah satu ceramahnya menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam skandal menggelapkan wang negara mesti diadili mengikut saluran yang betul.

“Jika tuduhan itu betul, maka mereka mesti diambil tindakan. Jika tidak betul, biar mahkamah yang bersihkan nama mereka. Taubat bukan hanya dengan meminta maaf, tetapi antara syarat taubat ialah memulangkan harta pada yang berhak, jika kesalahan itu melibatkan harta,” jelas Ustaz Azhar lagi.

Hal yang disebut oleh Ustaz Azhar itu merujuk kepada dua skandal terbesar di Malaysia yang melibatkan kedua – dua bekas Perdana Menteri, iaitu skandal 1MDB yang melibatkan Dato’ Seri Najib Razak dan skandal Forex yang melibatkan Tun Dr. Mahathir Muhammad.