Home Artikel PAS Selangor

Munajat Dan Lawatan JPrP Sungai Besar – Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

222
SHARE

Oleh : PAS Kawasan Sungai Besar

Malam munajat yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Sungai Besar diteruskan lagi pada malam semalam yang bertempat di Dewan Darul Naim, Tali Air 8 Sungai Leman.

Selesai munajat, agenda seterusnya iaitu lawatan JPrP Sungai Besar ke JPrD Sekinchan diteruskan dengan pembentangan dari Pengarah JPrD Sekinchan, Encik Zulkifli Ibrahim. Pelbagai perancangan dan pendekatan yang akan digunakan bagi merencana kemenangan PAS dan MN dalam PRU15 akan datang telah dibentangkan.

Majlis turut dihadiri oleh Ustaz Mohd Fadzin Bin Taslimin, YDP PAS Kawasan Sungai Besar, Ustaz Mat Ismail Bin Basir, Pengarah JPrP Sungai Besar dan seluruh jawatankuasa JPrP Sungai Besar dan JPrD Sekinchan.

Munajat yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Sungai Besar ini diadakan secara mingguan iaitu setiap Isnin malam Selasa di Pusat Tarbiyah Darussalam, Simpang 5.

Semoga 3 tonggak PAS iaitu dakwah, tarbiyah dan siyasah dapat terus diamalkan dan menjadi peneraju kepada gerak kerja menjelang PRU15 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#PASSungaiBesar
#PRU15
#MemimpinNegara