Home Artikel PAS Selangor

Multitasking Tidak Mustahil – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang

223
SHARE

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang

Multitasking bukannya mudah. Tapi tak mustahil. Yang penting kerja itu high impact!

Mulanya memang lucu, di “bahan” dan tak faham, lama lama baru tahu ini mungkin puncanya.

Ini pengalaman aku dengan Us Hamdi, orangnya santai je dan selalu tersenyum. Tapi kadang buat orang marah sebab susah betul nak kontek ustaz ni. Kadang kalau wasap pun jenuh nak tunggu reply.

Sesekali dalam group reply “ok boleh tu”, tapi tak tahu ditujukan kepada siapa dan statement yang mana.

Rupanya Us Hamdi ni Super Aktif dan Multi Tasking orangnya. Pernah satu hari sampai ada 4 meeting Jemaah dia handle dan sempat buat lagi 2 kerja.

Pagi meeting dengan Maahad Tahfiz di Hulu Langat sebab dia Mudir dekat situ. Tengahari meeting dengan PASTI Lembah Jaya di Ampang, on the way nak pergi meeting PASTI Mesra Al Ikhwan di tempat lain sempat bawa lori lagi.

Malam pulak orang dah letih, dia pergi lagi satu meeting ALP PASTI negeri di Shah Alam. Balik tu sempat lagi dia jadi chef masak di Resteren MJDee di Ampang.

Belum cerita lagi kalau Konvoi ARC, Us Hamdi dengan Ducati dia pun tolong jadi team marshall juga. Perghh power.

Aku tabik dengan pengurusan masa dia.
Memang betul betul penting je dia akan tengok fon. Mana dia dapat kekuatan macam ni. Itulah Us Mohd Hamdi Husin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Ampang yang aku kenal semenjak duduk di Ampang ni.

Lepas tu aku pun dah tak bahan dia dah sebab jarang tengok HP. Ada sesuatu yang kita boleh belajar dari kisah ini. Tiada orang yang terlalu sibuk, hanya keutamaan masa yang diberikan untuk kerja kerja high impak kita.

Teringat kata kata seorang sahabat dulu, jika kita tidak sibukkan masa dengan urusan jemaah dan urusan akhirat, kita akan disibukkan dengan urusan peribadi dan urusan dunia.

Semoga Allah terus pilih kita untuk sibuk dengan urusan akhirat dan jemaah kita.

Barang siapa yang membantu Agama Allah, Allah akan bantu mudahkan urusan dia. Jom kita susun masa dan fokus pada kerja high impact dan jadikan diri kita bermanfaat untuk Islam.

Jom anak muda Ampang bersama perjuangan Islam.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#kisahinspirasi
#inspirasianakmuda
#anakmudaAmpang