Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Mursyidul Am PAS Bakal Rasmi Muktamar DMPM

1244
SHARE

ALOR SETAR, 27 April- Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia yang membuka tirai hari ini menyaksikan kehadiran para perwakilan dan pemerhati dari seluruh Malaysia.

Cuaca yang baik dan cerah pagi ini mengiringi muktamar yang bakal dirasmikan sendiri oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Ustaz Hashim Jasin.

Muktamar tahunan sayap wanita gerakan Islam tanah air itu turut dihadiri tetamu kehormat dari pelbagai latar belakang; antaranya ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim dan isteri, serta Presiden Parti Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir juga isteri.

Terdahulu, tiga jawatan utama DMPM menang tanpa bertanding mengekalkan Ustazah Nuridah Saleh selaku penyandang di kerusi Ketua DMPM.

Dr Rosni Adam dan Ustazah Salamiah Mohd Noor pula masing-masing memenangi jawatan Timbalan Ketua serta Naib Ketua tanpa bertanding.

Selain itu, jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan serta dua jawatan Pemeriksa Kira-Kira juga menang tanpa bertanding.

Kompleks PAS Kedah yang terletak di Kota Sarang Semut menjadi tuan rumah muktamar DMPM tahun ini yang berlangsung buat kali ke-57.