Oleh: KHAIRUL IZWAN
INDERA MAHKOTA, 30 Okt. :: Para Perwakilan Pemuda PAS daripada 14 kawasan/parlimen dalam Negeri Pahang hadir Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia secara atas talian di dewan sebuah hotel di sini pagi tadi.
Kehadiran para perwakilan seawal jam 7 pagi untuk sesi pendaftaran di ruang lobi hotel.
Seramai 54 orang perwakilan mewakili Pemuda PAS kawasan masing masing.
Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia diadakan secara fizikal bertempat di dewan sebuah resort di Port Dickson, sementara di negeri masing-masing dibuat secara atas talian.
Seluruh perwakilan akan berkumpul selama dua hari bermula hari ini.