Home Berita PAS Sabah

PAS Tawau terus bantu Madrasah Darul Hidayah

154
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar                                30 Oktober 2021, Sabtu

TAWAU : PAS Tawau menerusi PAS Cawangan Ranggu meneruskan misi membantu Madrasah Darul Hidayah, Kampung Sungai Imam pada Jumaat, semalam.

Sumbangan diserahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau (DPPKT) merangkap Ketua Cawangan PAS Ranggu, Ustaz Rosli Hasan kepada wakil madrasah iaitu warden, Ustaz Zulfakar Amin Japar.

Menurut Ustaz Rosli, PAS Kawasan  Tawau akan terus berusaha membantu Madrasah Darul Hidayah semampu yang boleh sama ada dalam bentuk bantuan makanan mahupun berbentuk wang ringgit.

“Saya berharap orang ramai bersama membantu pusat pendidikan Islam seperti  Madrasah  ini agar  mendapat saham akhirat asbab membantu pelajar tahfiz ini.

Ustaz Rosli turut mengajak orang ramai yang berhasrat untuk melakukan amal jariah untuk memberikan sumbangan mereka dengan memasukkan terus ke dalam  akaun Madrasah ke dalam akaun bernombor 10025010010560 atas nama Madrasah Darul Hidayah.