Home Berita PAS Melaka

Muktamar DPPNM Ke-45 | 3 guru PASTI terima anugerah

637
SHARE

 

Oleh : Anas Abdullah

HANG TUAH JAYA, 17 Ogos : Tiga orang Guru PASTI Melaka telah menerima anugerah sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM) Kali Ke-45 yang berlangsung di Dewan Bendahara Hotel Bayou Lagoon, Melaka di sini semalam.

Tiga anugerah itu adalah Anugerah Tokoh Guru Inovatif yang diterima oleh Mazila Nordin, Anugerah Tokoh Siti Khadijah, diterima oleh Rosela Alwi dan Tokoh Guru PASTI Negeri Melaka 2020 pula menjadi milik Rosezainee Alwi.

DPPNM dan PASTI Negeri Melaka dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah ini terutamanya atas sumbangan bakti mereka kepada PASTI Negeri Melaka.

“Semoga terus berbakti dan bersemangat untuk membantu dan memberi sumbangan kepada PASTI dari semasa ke semasa.” kata kenyataan itu.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)