Home Artikel PAS Perak

Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak Kali Ke 42 Tahun 2018

161 views
SHARE

TAMBUN – 15 Julai 2018, Dewan Ulama PAS Negeri Perak telah mengadakan Muktamar Tahunan bagi kali ke 42 yang berlangsung pada Ahad 2 Zulkaedah 1439H.

Muktamar yang bermula seawal 8.00 pagi itu bertempat di Markas Tarbiah PAS Kawasan Tambun, Taman Meru 1A, Ipoh Perak.

Dewan dipenuhi dengan kehadiran perwakilan dan pemerhati dari setiap kawasan di seluruh Perak itu mendapat sambutan yang amat baik.

Acara dimulakan dengan ucaptama dari Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Perak Tuan Guru Sidek Mohd Noor mengucapkan syukur dalam PRU14 yang lepas tidak kurang 20 orang ulamak yang turut bertanding DUN dan parlimen.

“Kalah itu adalah orang yang tinggalkan perjuangan tetapi jika kita istiqamah dalam perjuangan ini, kitalah orang yang menang ! ” tegas beliau.

Beliau juga berharap agar ulamak diminta teruskan usaha dakwah dengan cara BPMS dan berlembut.

Turut hadir dan memberi ucapan YB Tuan Haji Razman Zakaria yang merupakan pesuruhjaya PAS Negeri Perak sebagai wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Perasmian muktamar telah disempurnakan oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang merupakan ADUN Bukit Payung dan juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Terengganu.

Beliau menekankan para ulamak perlu mahir dengan arus media baru kini, beri penerangan mengenai agama di media sosial.

Ulamak perlu kuasai serta memberi penerangan terhadap isu-isu yang dibangkitkan berlandaskan Islam tambah beliau sebelum merasmikan muktamar.

Ustaz Zainal Abidin Saad membuat ucapan penangguhan mewakili semua perwakilan berkata ” ulamak perlu bersatu fikrah dan banyakkan turun ke medan berjumpa rakyat bukan semata-mata di masjid surau sahaja”.

Muktamar bersidang dengan harmoni dan matang yang telah ditunjukkan dalam setiap ucapan perbahasan dan penangguhan.