Home Artikel PAS Pulau Pinang

DEWAN MUSLIMAT PAS PULAU PINANG BERMUKTAMAR KALI KE-29

758
SHARE

Oleh : Lea Baiduri

TASEK GELUGOR – 15 Julai 2018, Dewan Muslimat Pas Pulau Pinang telah mengadakan Muktamar Tahunan bagi kali ke-29 semalam, bertempat di Pusat Pengajian Darul Hadis.

Dewan dipenuhi dengan kehadiran perwakilan dan pemerhati dari setiap kawasan di seluruh Pulau Pinang itu mendapat sambutan yang amat baik.

Di antara tetamu kehormat yang hadir menyerikan majlis ialah Ustaz Hanif Harun, Mudir Darul Hadis yang juga mantan calon Telok Air Tawar, Md Jamil Hassan Naib Ketua PAS Kawasan Tasek Gelugor, Sobri Saleh AJK PAS Kawasan Tasek Gelugor yang juga mantan calon Permatang Berangan, dan Ustazah Amalina Yusuf wakil dari ‘Alimat Negeri.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS, Ustaz Mohd Fauzi Yusoff yang turut diringi Jamil Abdul Rahman penolong Setiausaha 1 PAS Pulau Pinang.

Ustaz Mohd Fauzi dalam ucapannya beliau berkata, ‘Selagi kita berpegang dengan prinsip (ISLAM), kejayaan pasti akan jadi milik kita.

‘Kita akan terus berjuang kerana matlamat kita bukan untuk menang, matlamat kita untuk memperjuangkan Islam. Apalah ertinya jika kita dapat ke Putrajaya jika Islam tidak dapat kita martabatkan’ katanya lagi.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Hasanah Idrus dalam ucapannya juga menyentuh betapa pentingnya kefahaman terhadap pergerakan jamaah Islam.

Ujarnya lagi, dalam pembinaan ukhwah tidak selayaknya ahli jamaah Islam itu ‘berkeras kepala’ dalam perkara kebenaran sekiranya ditegur.

Perasmian muktamar telah disempurnakan oleh Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Ustazah Salamiah Mohd Noor manakala pemerhati dari DMPM dihadiri oleh Kartini Ahmad selaku Pengerusi Lajnah Hubungan NGO.

Muktamar juga telah menamakan empat tokoh sebagai penerima anugerah iaitu anugerah Jasamu Dikenang telah diterima oleh Ustazah Mariah Salleh, Anugerah Tokoh Muslimat Muda, Mazlina Jamaluddin merangkap Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri, manakala Anugerah Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) terbaik telah dimenangi oleh DMPK Permatang Pauh dan Lajnah/Jabatan Terbaik disandang oleh Jabatan Pilihanraya Muslimat Negeri diketuai oleh Maziah Khamis.

Muktamar bersidang dengan harmoni dan matang yang telah ditunjukkan dalam setiap ucapan perbahasan dan penangguhan.