Home Artikel PAS Pahang

MPKKP: Satu lagi langkah “U Turn” kerajaan PH

311
SHARE

 

Keputusan mewujudkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) oleh kerajaan persekutuan bermula tahun hadapan merupakan satu langkah yang bakal memecah belahkan masyarakat semata-mata hanyalah kerana mahu mendapatkan keuntungan politik.

 

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu dalam kenyataannya kepada media berkata, pelantikan MPKK sepatutnya tamat pada 31 Disember 2020 akan ditamatkan pada awal tahun dengan perlantikan MPKKP yg baharu.

 

Beliau yang juga Adun Beserah menegaskan, dengan demikian komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memberikan hak dan kesaksamaan mengurus masyarakat tanpa gangguan politik, hanya merupakan janji kosong.

 

“Mewujudkan MPKKP menjadikan orang kampung semakin keliru untuk membuat rujukan kepada permasalahan mereka kerana akan wujud dua ketua kampung.

 

“Apa jaminan MPKKP yang bakal diwujudkan akan memberi layanan saksama kepada orang kampung jika hasrat penubuhannya sendiri adalah untuk kepentingan politik?

 

“Pertindihan bidang kuasa  juga akan wujud antara persekutuan dan negeri jika kerajaan persekutuan masih mahu meneruskan hasrat ini,” jelasnya.

 

Tambah Andan, cadangan beliau ialah MPKK yang sedia ini dikekalkan kerana telah berjalan dgn lancar dan baik.

 

“Jika ada kelemahan hanya perlu ditambah baik dan tidak perlulah diwujudkan satu jawatankuasa baharu untuk satu kampung yang semata-mata untuk persaingan politik,”.

 

Ditanya mengenai keputusan kerajaan Pahang untuk mewujudkan semula Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menggantikan MPKK yang ada hari ini, ini reaksi beliau.

 

“Sudah pasti akan ada tindak balas daripada mana-mana kerajaan negeri untuk memudahkan urusan atau pengurusan negeri dengan rakyatnya. Sebab itu kerajaan Pahang terpaksa wujudkan semula JKKK ini, saya rasa ianya memang telah dijangka”.