Home Artikel PAS Sabah

Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI kinabatangan disambut meriah.

925
SHARE

Liyana Dahon

10 November 2019

Kinabatangan : Buat julung kalinya PASTI Kinabatangan telah berjaya mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) peringkat Kawasan Kinabatangan di Dewan Sri Lamag, semalam.

Majlis yang pertama kali diadakan ini telah meraikan seramai lebih 100 orang penerima anugerah, yang terdiri daripada murid 4,5 dan 6 tahun, serta murid-murid kelas Mini Tahfiz,Alumni PASTI, para Murobbitun dan JIBG, daripada 4 buah PASTI dalam daerah Kinabatangan.

Persembahan daripada 4 buah PASTI dan murid kelas Mini Tahfiz yang menjadi penyeri majlis telah memukau para hadirin sehingga ada yang menitiskan air mata terharu dengan persembahan murid.

Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh Jumaidin bin Lakalla, Ahli Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah merangkap Pengerusi PASTI Kinabatangan, beliau menegaskan sebagai graduan dan Alumni PASTI yang akan menjadi duta dalam masyarakat diharapkan akan menjadi cerminan dan teladan kepada masyarakat di Kinabatangan khususnya.

Beliau juga menyampaikan penghargaannya kepada para ibu bapa yang tidak jemu memberi sokongan moral dan meterial serta dokongan kepada pihak guru dan pengurusan PASTI dalam memartabatkan pendidikan awal Islam di Kinabatangan agar terus subur.

Turut bersama dalam majlis ini Abdul Aziz Baitul Makmur, Ketua Dewan Pemuda PAS Kinabatangan, Salmiah Sutta, Ketua Dewan Muslimat PAS Kinabatangan dan Zaidi Mustafa, mantan Pengerusi PASTI Kinabatangan.