Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Motivasi Sukarelawan PRU-14 PAS Rembau

1187
SHARE

REMBAU: Sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi; PAS Rembau dengan kerjasama PAS DUN Paroi telah mengadakan program ‘Motivasi Sukarelawan PRU-14 Parlimen Rembau’ di Dewan Al-Qamar, Senawang.

Taklimat motivasi pilihan raya diberikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr.Zuhdi Marzuki.Turut hadir Yang DiPertua (YDP) PAS Rembau, Mohamad Hassan Tamby; Timbalan YDP PAS Rembau, Kamarol Ridzuan Mohd Zain dan Naib YDP PAS Rembau, Rozmal Malakan.

Dr.Zuhdi dalam taklimat beliau berkata sasaran 40 kerusi parlimen yang PAS berpotensi besar untuk menang ialah dari negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah serta kerusi majoriti Melayu di pantai barat.

“PAS masih mendapat sokongan pengundi Cina dan India khususnya di kawasan luar bandar.Mereka masih menyokong kita atas rekod cemerlang khidmat masyarakat PAS kepada masyarakat Cina dan India di luar bandar.Oleh itu saya menyeru jentera PAS berterusan mendekati dan menyantuni masyarakat Cina dan India khususnya di kawasan luar bandar.Perbanyakkan aktiviti sosial dan masyarakat di kawasan luar bandar,” kata beliau.

Mohamad Hassan dalam ucapan beliau berkata penganjuran program motivasi sukarelawan PRU-14 ini untuk meningkatkan kesedaran PAS kawasan disamping tumpu pada DUN.

“Setiap kemenangan kerusi parlimen di peringkat negeri akan menyumbang dan menambah kerusi yang disasar oleh PAS Pusat.Kita perlu ramaikan petugas, tingkatkan gerak kerja berdasarkan sasaran tersebut.Banyak kerja yang perlu dibuat untuk mencapai kemenangan,” ujar beliau.

Pada penghujung program peserta program diberi peluang untuk bertanya sebarang soalan berkaitan parti pada Dr Zuhdi. Dr Zuhdi telah menjelaskan dengan baik beberapa persoalan peserta program.