Home Berita PAS Melaka

Mohon sumbangan baik pulih surau Al Kauthar Tanjung Kling

717
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 31 Mei : Jawatankuasa Projek Baik Pulih Surau Al-Kauthar, Tanjung Kling, memohon sumbangan orang ramai bagi membiayai projek membaik pulih dan membesarkan surau ini.

Menurut Setiausahanya, Nazar Deros, proses baik pulih ini dijangka akan bermula Jun tahun ini sekiranya mereka berjaya mengumpul dana yang mencukupi.

“Insya-Allah, Surau Al-Kauthar akan melalui proses baik pulih iaitu penggantian stuktur dinding dan bumbung surau; memperluaskan ruangan solat wanita; binaan tandas bagi kaum Muslimat dan beberapa hiasan dalaman dan luaran surau.

Setiausaha Jawatankuasa Projek Baik Pulih Surau Al-Kauthar, Tanjung Kling, Nazar Deros

“Jadi saya merayu sedikit sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi menampung kos kerja-kerja baik pulih berkenaan. Moga dengan sumbangan tersebut menjadi asbab untuk tuan puan mendapat rahmat dan kasih sayang dari-Nya,” ujar beliau.

Tambah beliau lagi kos keseluruhan untuk projek ini ialah RM268 ribu di mana setakat ini sebanyak RM100 ribu sudah berjaya dikumpulkan.

“Kalau boleh kita dapat lagi RM68 ribu dalam masa terdekat ni untuk membolehkan kita memulakan projek,” kata beliau lagi ketika menghubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) malam tadi.

Tambah beliau lagi, Surau Al-Kauthar adalah sebuah surau yang terletak di Kampung Pengkalan Perigi, Tanjung Kling, berada di lokasi yang strategik iaitu berdekatan dengan Pantai Puteri Melaka menyebabkan surau ini menjadi tumpuan persinggahan Muslimin dan Muslimat untuk menunaikan ibadat solat.

“Surau ini aktif dengan aktiviti mingguan seperti kuliah-kuliah agama, majlis bacaan surah Yasin, dan ceramah perdana menerusi undangan penceramah jemputan.

“Tidak kurang juga aktiviti kemasyarakatan termasuklah Kenduri Kampung yang menjadi aktiviti tahunan untuk anak kariah sekitarnya,” ujar beliau yang juga merupakan Setiausaha Masjid As-Sakinah Bukit Gedung yang mana surau ini di dalam kawasan pentadbirannya.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank rasmi Surau Al-Kauthar Pengkalan Perigi di akaun Maybank – nombor akaun : 5541 2954 5335

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

Yusof : 013 7770745
Nazar : 016 564 8750
Hizwan : 011 5858 8498

 

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .