Home Melaka

Modul kualiti haraki 2 : Korban Qabil dan Habil, motivasi tingkat kualiti perjuangan

160
SHARE

Siri – 2

(Rencana ini adalah siri dalam Modul Kualiti Haraki di bawah Lajnah Pemerkasaan Parti Badan Perhubungan PAS Melaka)

Oleh IBNU JANIE

SELAIN sirah Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S, terdapat juga sirah anak-anak Nabi Adam A.S iaitu Qabil dan Habil yang mempunyai kaitan dengan ibadah korban. Mengikut sirahnya, Allah SWT memerintahkan kedua-dua anak Nabi Adam A.S ini agar melakukan korban.

Qabil mengusahakan tanam-tanaman, manakala Habil pula mengembala binatang ternakan. Jadi, Qabil perlu menyediakan buah-buahan manakala Habil pula perlu menyediakan binatang ternakan untuk dikorbankan.

Mengikut sirahnya Qabil yang memiliki sikap yang tidak baik telah mencari buah-buahan yang busuk dan rosak sebagai korban. Dia berasa rugi jika memberikan korban yang baik-baik kerana yang baik-baik dia mahu makan.

Qabil dan Habil dalam ilustrasi pelukis (Kredit foto : Google)

Habil pula seorang yang taat dan patuh pada perintah Allah SWT. Habil telah mencari binatang ternakan yang gemuk-gemuk dan terbaik untuk dijadikan korban.

Kedua-duanya diperintahkan agar meletakkan korban mereka di atas bukit. Tidak lama kemudian korban Habil yang baik itu hilang dari pandangan manakala korban Qabil masih ada. Ini bermaksud korban Habil telah diterima, sementara korban Qabil ditolak oleh Allah SWT.

Bagi penulis sirah ini membawa satu makna dan ibrah yang sangat besar untuk para pejuang Islam seperti para aktivis PAS tentang kualiti kerja. Ia sebagai satu pengajaran bahawa sebagai pejuang Islam kita haruslah bekerja bersungguh-sungguh dalam gerak kerja PAS yang bermatlamat untuk menegakkan kerajaan Islam.

Sebagai ahli PAS, apa pun jawatan atau kedudukan kita, kita sentiasa mempunyai tanggungjawab yang harus ditunaikan dalam parti. Paling tidak, sebagai ahli biasa kita perlu menghadiri mesyuarat cawangan kita yang berlangsung hanya setahun sekali. Itu paling minima.

Untuk meningkatkan fungsi kita walau pun sebagai ahli biasa dan untuk mendapat kualiti umpama korban Habil, semasa mesyuarat agung itu sumbangkan buah fikiran dan cadangan agar ia boleh dijadikan input oleh pihak cawangan samada untuk dilaksanakan oleh cawangan atau untuk dibawa ke pihak yang lebih atas.

Selain itu, hadirilah dengan bersungguh-sungguh program yang dianjurkan dan bantu PAS semasa pilihan raya yang sangat memerlukan ramai tenaga. Dan sekiranya mempunyai kewangan lebih, bantulah PAS dengan menderma dan menyumbang.

Rencana ini juga disiarkan di Harakah cetak bertarikh 22 Julai 2022

Itu bagaimana seorang ahli biasa yang tidak mempunyai jawatan menjalankan fungsi mereka dengan sebaiknya. Jadi ia umpama kita persembahkan korban Habil kepada Allah SWT.

Jika kita sebagai ahli biasa tidak menjalankan tanggungjawab kita dengan baik, atau lebih teruk lagi langsung tidak mempedulikan program-program yang dianjurkan oleh PAS, maka itu umpama kita mempersembahkan korban Qabil kepada Allah SWT.

Gambar hiasan

Itu untuk ahli biasa. Sebagai pemimpin yang memegang jawatan dalam PAS pula, sudah tentu tanggungjawab kita lebih besar lagi. Kita sudah ada kerja spesifik yang perlu dilakukan.

Jika ada mesyuarat atau program, hendaklah kita hadir sekiranya tidak ada keuzuran. Hadir mesyuarat atau program adalah sesuatu pengorbanan yang asas. Untuk memastikan pengorbanan kita itu berkualiti seperti korban Habil maka datanglah mesyuarat atau program tepat pada masanya. Dan sumbanglah idea dalam mesyuarat itu.

Sebagai orang PAS kita tahu dan faham bahawa PAS adalah sebuah gerakan yang memperjuangkan Islam. Apabila kita berada dalam gerakan Islam maka segala gerak kerja kita ada perhitungan pahala dosa.

Memegang apa-apa tanggungjawab dan amanah dalam apa-apa situasi atau organisasi pun sebenarnya, lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam seperti PAS, ada perhitungan pahala dan dosa. Bukan pahala sahaja, tetapi ada pahala dan ada dosa juga.

Gambar hiasan

Kita jangan menyangka bahawa hanya dengan memegang jawatan dalam gerakan Islam maka kita sentiasa dihujani pahala automatik setiap hari selagi kita memegang jawatan itu!

Kita harus ingat jika kita tidak menjalankan tanggungjawab kita; sengaja bermalasan tidak hadir mesyuarat atau program; bermakna kita akan mendapat dosa pula kerana khianat pada amanah! Ia umpama kita mempersembahkan korban Qabil kepada Allah SWT.

Mari kita bekerja bersungguh-sungguh untuk perjuangan suci ini agar segala penat lelah kita berkualiti dan dikurniakan pahala dan diterima Allah SWT seperti korban Habil. Jangan sampai kerja buat kita yang ‘tidak semenggah’ itu ditolak seperti korban Qabil. Nauzubillah!

Penulis adalah Ketua Editor Pusat dan Ketua Editor Negeri Melaka bagi Portal Berita PAS.

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH