Home Berita PAS Pahang

TASTI dan PASTI KotaSAS anjur Simulasi Haji Cilik

173
SHARE

Oleh: HAFSAH OMAR

INDERA MAHKOTA, 3 Ogos :: Program Simulasi Haji Cilik telah diadakan di Masjid Imam As Shafie, KotaSAS Kuantan baru-baru ini anjuran TASTI As Solihin dan PASTI Edukids As Shafie.

Objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan awal mengenai ibadah haji kepada kanak-kanak yang berumur dari 3 hingga 6 tahun, sekaligus dapat melaksanakan proses pembelajaran secara holistik dan praktikal.

Selain itu ia juga menyentuh aspek pendidikan bertunjangkan kerohanian, sikap dan nilai, ketrampilan diri, sosioemosi, pembangunan fizikal dan tunjang kemanusiaan kearah pembangunan manusia yang holistik.

Pengurus PASTI Edukids As Shafie, Muhammad Syafik Ab Rahman berkata, program ini sangat baik dan berguna kepada semua kanak-kanak bagi pendedahan awal mengenai ibadah haji.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS KotaSAS sangat berbangga dengan penyertaan 160 orang kanak-kanak dari TASTI dan PASTI KotaSAS dan berharap agar aktiviti seperti ini dapat dijalankan secara berterusan setiap tahun.