Home Berita PAS Pahang

MN kukuh di Pahang

144
SHARE

Oleh: SHAHRUL DIN

KUALA KRAU, 20 Ogos :: Kebersamaan antara pimpinan dalam beberapa aktiviti penyampaian sumbangan kepada kelompok-kelompok yang memerlukan semasa musim pandemik Covid-19 di negeri Pahang sudah cukup untuk menggambarkan keutuhan semangat Muafakat Nasional di negeri ini.

Antaranya adalah penyampaian sumbangan ayam segar, sayur-sayuran dan telur ayam kepada 755 buah keluarga di Felda Jengka 18 oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan Dan Hal Ehwal Pengguna Dato’ Haji Nazri Ngah bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Jengka, YB Ustaz Shahril Azman semalam.

Turut bersama ialah Pengarah Felda Wilayah, Termizi Lee yang prihatin kepada para penduduk Felda yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Turut hadir bersama mengagihkan barangan tersebut ialah Ketua PAS dan Ketua UMNO Cawangan Jengka 18  dan Pengerusi JKKR, menunjukan kemantapan muafakat antara dua parti tersebut.

Mengulas penyampaian sumbangan tersebut, Pengurus Felda Jengka 18 Haslin Abdullah berkata “Kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Dato’ Haji Nazri Ngah dan YB Ustaz Shahril Azman yang prihatin terhadap penduduk yang terjejas dan dikenakan PKPD akibat pandemik Covid-19.

“Semoga hubungan yang terjalin terus diperkukuhkan dengan bekerjasama. Bersatu kita teguh,  bercerai kita roboh.” katanya.

#jengkasejahtera #dunjengka #KerajaanPrihatin #MalaysiaPrihatin