Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Tahniah YAB Dato’ Sri Ismail Sabri, PM Malaysia ke-9

222
SHARE

Tahniah YAB Dato’ Sri Ismail Sabri, PM Malaysia ke-9

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) serta seluruh kepimpinan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

BPPWP turut menzahirkan setinggi-tinggi junjungan kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas kebijaksanaan Baginda serta Baginda Raja-Raja Melayu dalam mencapai keputusan ini.

BPPWP mendoakan agar YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sentiasa dalam bimbingan Allah SWT untuk melaksanakan amanah yang digalas. Selamat maju jaya.

Siiru ‘ala barakatillah.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

‘Wilayah Sejahtera’

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
20 Ogos 2021 l 11 Muharram 1443H