Home Kenyataan Media PAS Johor

TITM, Menteri KASA cemerlang : Contoh ulamak mampu memimpin

84
SHARE

Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri KASA Cemerlang : CONTOH ULAMAK MAMPU MEMIMPIN

Tempoh sesingkat 17 bulan berjaya dimanfaatkan sepenuhnya oleh barisan Menteri dan Timbalan Menteri dari PAS dengan pelbagai inisiatif dan program sebagai sumbangan kepada kemajuan negara.

Sebagai contoh terdapat beberapa program dan projek Kementerian Alam Sekitar & Air (KASA) telah dilaksanakan YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Menteri dibantu oleh Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha dan barisan pelaksana di bahagian Kementerian.

Antara inisiatif & pencapaian yang dilaksanakan adalah:

1. Pelaksanaan inisiatif Wakaf Air dengan kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia.

2. Isu Air di Kelantan: Sejumlah lapan projek dengan kos pembinaan sebanyak RM1.36 bilion telah dikenalpasti di bawah Projek Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11) untuk dilaksanakan di Kelantan.

3. Pelan strategik Kelestarian Alam Sekitar di Malaysia.

4. Memuktamadkan penstrukturan Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air bagi negeri Kedah dan Perlis.

5. Pengiktirafan Anugerah Asia Environmental Enforcement Award Programme 2020 oleh UN Environment Programme.

6. Program Denai Kebangsaan dan Penubuhan Unit Cegah Pencemaran Alam Sekitar.

7. Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi KASA.

8. Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2021-2025. Dokumen penting untuk membudayakan amalan integriti dan menghindarkan jenayah rasuah dalam KASA.

Pelbagai lagi pencapaian yang tidak tertulis di sini. Namun, ini sudah menunjukkan bahawa wakil PAS di dalam Kementerian dapat melaksanakan tugas dengan baik.

Kejayaan dan kemajuan sesebuah organisasi itu bukan bergantung kepada bidang kemahiran semata-mata, tetapi kepimpinan yang bersifat Ubudiyah, Mas’uliyyah dan Itqan pasti menjadikan sesebuah organisasi itu bergerak aktif dengan cemerlang.

Rekod cemerlang Kementerian KASA yang diterajui oleh YB Dato’ TITM yang juga Timbalan Presiden PAS ini adalah bukti bahawa ulamak juga mampu memimpin negara.

Terima kasih.

RUSMAN KEMIN
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (PAS Johor)

#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MalaysiaPrihatin
#MenangBersama