Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Misi Ramadhan Food Package: Selamat Berangkat dan Kembali Delegasi

707
SHARE

Misi Ramadhan Food Package: Selamat Berangkat dan Kembali Delegasi

Misi Ramadhan Food Package anjuran PASRelief bakal berlepas pada 18-22 Jun 2017. Turut serta dalam misi Ramadhan ini adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama Puan Norhafiza Fadzil, Penolong Setiausaha 1 DMPM, bersama pasukan PAS Relief ke Arakan, Myanmar serta Ketua Misi Delegasi Tuan Haji Sanusi Muhammad Nor.

Jumlah sumbangan PAS yang terkumpul untuk dua negara iaitu Bangladesh dan Myanmar ialah sebanyak RM 56 ribu. Sumbangan ini akan disalurkan bagi program seperti berikut:

1. ‘Shelter home’ untuk 10 buah keluarga
2. ‘Ramadhan food package untuk  1040 buah keluarga
3. 5 telaga air bawah tanah ‘tubewell’
4. Iftar untuk 3000 orang

“Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya. Dan hanya kepadaNya lah kamu kembali setelah dibangkitkan”. Surah Al Mulk ayat 15.

Saya beserta seluruh saf kepimpinan DMPM mengucapkan selamat  berangkat kepada Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Puan Norhafiza Fadzil serta PAS Relief ke Misi Ramadhan penghantaran sumbangan muslimat semasa Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia baru-baru ini di Kedah untuk dihantar ke buah negara tersebut. Kami sentiasa mendoakan agar Allah melindungi, merahmati dan mempermudahkan semua urusan pergi dan pulang ke tanahair.

Sekalung penghargaan sekali lagi buat para penyumbang yang budiman dan dermawan untuk Misi Ramadhan ini. Dalam hadis sohih Riwayat Thabrani ada menyatakan ”Siapa yang berjalan menolong orang yang susah maka Allah akan menurunkan baginya tujuh puluh lima ribu  malaikat yang selalu mendoakannya dan dia akan tetap berada dalam rahmat Allah selama dia menolong orang tersebut dan jika telah selesai melakukan pertolongan  tersebut, maka Allah akan tuliskan baginya pahala haji dan umrah.

Semoga Allah gandakan pahala buat hambaNya yang sentiasa bersedekah untuk amal kebaikan. Sirru ala barakatillah! Salam juang!

‘Muslimat Memacu Kemenangan’

 

Dr Rosni Adam
Timbalan Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
21 Ramadhan 1438
16 Jun 2017