Home Berita PAS Selangor

Misi pembersihan diteruskan pada hari ke 2 – JAMK Hulu Selangor

71
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Muhammad Alauddin

HULU YAM, 19 September – Ketua Pemuda PAS Hulu Selangor Tuan Amri Abdullah Sani telah turun ke Hulu Yam untuk membantu proses pembersihan rumah mangsa banjir Hulu Yam.

Tentera merah yang sentiasa membantu iaitu Pemuda Jabatan Amal Hulu Selangor yang turut membantu kerja-kerja pembersihan rumah mangsa banjir yang diketuai oleh TYDP PAS Hulu Selangor AF Ustaz Fazlulrahimi Maarop.

Turut hadir juga daripada pimpinan YDP PAS Hulu Selangor Tuan Haji Hasnizan Harun, NKP Tuan Mohd Zulwafi Bahaudin dan ketua Urusan Ulama PAS Hulu Selangor Ustaz Wan Md Noor yang membantu sekali dalam misi pembersihan rumah mangsa banjir.

KP berkata “Nampak biasa saja tapi mempunyai banyak kerosakan yang berlaku. Moga Allah SWT permudahkan urusan semua yang terlibat, sabar dan tabah dengan ujian ini”.

May be an image of standing, outdoors and text

Alhamdulillah, Pemuda PAS Hulu Selangor mengucapkan tahniah dam syabas kepada pemuda Jabatan Amal Hulu Selangor yang sudi membantu kerja pembersihan rumah mangsa banjir Hulu Yam.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor