Home Berita PAS Perak

JAM Kawasan Lenggong ziarah pesakit, hulur sumbangan

58
SHARE

Oleh : Ummu Umairah

LENGGONG, Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Kerajaan Negeri Perak Haji Razman Zakaria sememangnya sentiasa dekat di hati rakyat.

Beliau sememangnya sinonim dengan aktiviti ziarah rakyat pelbagai peringkat telah menyantuni tiga orang pesakit dalam menjayakan program penghantaran Bakul Prihatin di sini semalam.

Razman menjelaskan seorang pesakit tersebut diziarahi di Kampung Gua Badak manakala dua yang lain di Banggol Belimbing, di mana seorang daripadanya anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) Lenggong.

“Pesakit di Gua Badak yang kita ziarahi mengidap kanser usus, manakala yang di Banggol Belimbing anak muda berumur 27 tahun yang dikesan ada cecair dalam otaknya.

“Di Banggol Belimbing juga, seorang anggota JAM mengalami kecederaan di kaki kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika balik dari kerja,” katanya kepada wartawan.

Razman berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi ketiga-tiga pesakit sambil menghulurkan bantuan bagi meringankan sedikit bebanan ditanggung mereka.

Turut serta Naib YDP PAS Lenggong, Mohd Jamil Yahya, Pengerusi Lajnah Pembangunan Ekonomi PAS kawasan, Jamaluddin Adnan dan Setiausaha Lajnah Pembangunan Tanah dan Orang Asal Dewan Muslimat kawasan, Sharifah Syed Wook.

Dalam pada itu, program penghantaran bakul makanan semalam membabitkan beberapa keluarga asnaf yang lain di Kampung Bukit Nangka, Temelong, Gelok, Gua Badak dan Banggol Belimbing.