Home Berita PAS Kedah

Misi bantuan mangsa banjir: Sukarelawan dari Langkawi ke Pahang.

176
SHARE

Oleh SHAKIRAH

LANGKAWI, 6 Jan – PAS Kawasan Langkawi menggerakkan sukarelawan membantu mangsa banjir di Pahang setelah mendapat berita hujan yang berterusan dan dinaiki air.

Seramai 20 orang sukarelawan yang terdiri daripada AJK PAS Kawasan Langkawi, AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Langkawi, AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Langkawi.

Zubir Ahmad yang juga Ahli Majlis Perbandaran Langkawi berkata misi bantuan banjir ini mendapat sumbangan daripada penduduk Langkawi dan kutipan daripada cawangan PAS Kawasan Langkawi.

“PAS Kawasan Langkawi juga membawa barangan keperluan kepada mangsa di sana melalui 5 kereta pacuan empat roda bagi kemudahan pergerakan membawa barangan tersebut ke sana dan operasi pembersihan di rumah mangsa banjir,” katanya ketika ditemui di Surau Abidin, Ulu Melaka.

Misi bantuan ini dimulai dengan bacaan doa selamat perjalanan pergi dan balik yang diketuai oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Langkawi, Ustaz Mohd Shazuri Saad.

Turut menyertai misi ini, Ketua Pemuda PAS Kawasan Langkawi, Akashah Azinan, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Langkawi, Ustazah Fatimah Ibrahim dan Ahli Majlis Perbandaran Langkawi, Azlina Azinan.