Home Artikel PAS Wilayah

MISI BANTUAN KE JERANTUT

199
SHARE

Oleh : NURUL NADIYAH

KERAMAT, 14 Januari – PAS Kawasan Titiwangsa meneruskan misi menghantar bantuan buat mangsa banjir di Jerantut, Pahang semalam.

Para sukarelawan terdiri daripada Pengarah Operasi, Haji Amin dan isteri serta beberapa orang pemuda. Diiringi doa selamat yang dibacakan oleh Ketua Zon Keramat merangkap Bendahari PAS Kawasan, Josri Shafawi.

Para sukarelawan bergerak ke Jerantut bersama sumbangan berbentuk wang ringgit daripada pasangan suami isteri iaitu Koperal Zamri dan Cikgu Mahfuzah dari Cheras, Haji Amin, Haji Nazri Abu Bakar dari Datuk Keramat dan ramai lagi.

Bantuan daripada pelbagai pihak masih diterima lagi hari ini dan proses penghantaran diteruskan oleh Umit Amal iaitu Rashidi dan Nabil.

PAS Kawasan Titiwangsa berterima kasih kepada para penyumbang. Bagi yang ingin menyumbang, sumbangan boleh disalurkan ke akaun,

Maybank : 5640-9850-4101
(PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN TITIWANGSA)

serta hubungi AJK kami untuk maklumat lanjut :

1) Cikgu Yusoop (011-13373066)
2) En. Hedzer (019-2708639)