Home Berita PAS Wilayah

Mini Karnival PAS Lembah Pantai Berlangsung Meriah

1136
SHARE

LEMBAH PANTAI , 3 Mac 2018: Satu Mini Karnival anjuran bersama PAS Lembah Pantai, Lujnah Kebajikan PAS Wilayah Persekutuan dan Lujnah Kebajikan PAS Lembah Pantai telah berlangsung jayanya dengan kehadiran penduduk sekitar mewarnai karnival tersebut.

Program yang diadakan di perumahan Pantai Permai itu merupakan antara usaha parti menyantuni penduduk setempat melalui agenda kebajikan sekaligus memperkenalkan PAS kepada masyarakat.

Para pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pemeriksaan kesihatan percuma, jualan amal, khidmat Darussyifa, free market, persembahan busking, demonstrasi kenderaan dan pemberian sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Dr Hajah Rosni Adam dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa konsep mini karnival ini dapat menyemarakkan sikap cakna sesama kita di samping membuka ruang beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.

“PAS telah membawa satu tawaran iaitu membentuk negara sejahtera. Kita cuba memastikan kesejahteraan rakyat dalam setiap perkara termasuk aspek kebajikan. Oleh itu, marilah bersama kami dalam membangun Malaysia yang lebih baik,” ujar beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Selain itu, program ini turut dihadiri oleh LAr Haji Fauzi Abu Bakar yang merupakan tokoh masyarakat @ Aktivis NGO Lembah Pantai.

Dalam ucapannya, beliau menyeru semua agar dapat membuat pilihan yang tepat dalam pilihanraya yang akan datang.

“Bersempena menuju PRU 14, suka saya mengajak hadirin supaya berfikir dan membuat pertimbangan terbaik agar pemimpin yang diundi mampu membawa masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik,” ujar beliau.l