Home Artikel PAS Perlis

Pelihara Disiplin Pemuda Demi Keutuhan PAS

762
SHARE

Oleh : Asrul Aimran Abdul Jalil

KANGAR : Disiplin yang tinggi dalam kalangan kepimpinan serta ahli merupakan salah satu asas yang menguatkan PAS pada hari ini.

Demikian dinyatakan oleh Wan Hassan bin Ismail, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Perlis ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar pada 1 Mac yang lalu.

 

PAS menurutnya, merupakan parti yang paling pesat berkembang di negara ini dengan keahlian yang terus bertambah dari masa ke masa.

Beliau menambah, tanpa disiplin yang kuat dalam kalangan pimpinan mahupun ahli, adalah mustahil untuk mengawal perjalanan parti yang sudah berusia lebih daripada 60 tahun ini.

Justeru, beliau mengingatkan para pemuda agar sentiasa memelihara disiplin dalam gerak kerja, demi memastikan keutuhan parti Islam ini dapat terus dipertahankan.

“Jaga disiplin dalam gerak kerja kita, jika dipanggil hadir mesyuarat, hadirlah walau di peringkat mana sekalipun.

“Jika keputusan mesyuarat sudah dimuktamadkan, taatlah dalam keadaan apa sekalipun,” katanya.

Menyentuh berkaitan PRU 14, beliau menggesa para pemuda supaya memperkuat kesatuan yang ada serta menghindari sebarang perkara yang boleh menyebabkan perpecahan yang boleh melemahkan PAS.

Ini kerana menurut beliau, masyarakat mutakhir ini melihat PAS sebagai sebuah parti yang kuat boleh dipercayai tatkala parti-parti pembangkang yang lain terus bergeseran sesama sendiri.

“Hari ini rakyat mula memandang PAS, kerana PAS sebagai sebuah gerakan Islam kembali menunjukkan kekuatannya yang sebenar.

“Elakkan berpecah belah sesama kita, teruskan usaha, doa dan tawakkal, kemudian berserahlah segalanya (keputusan) kepada ketentuan Allah S.W.T.,” ujarnya.