Home Berita PAS Pulau Pinang

Santai Sihat Dekati Masyarakat

1035
SHARE

Oleh : Hana Fadzil

KUBANG SEMANG | 4 Mac 2018 | Ahad

Bertempat di perkarangan Masjid Kubang Semang, program Santai Sihat telah diadakan dengan jayanya.

Program ini adalah merupakan program kemasyarakatan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di antara jentera PAS di DUN Penanti dan Permatang Pasir dengan masyarakat setempat. Program ini merupakan anjuran PAS Cawangan Kubang Semang.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan iaitu pertandingan mewarna, pertandingan deko cupcake dan pertandingan menganyam ketupat. Acara-acara ini mendapat penyertaan yang menggalakkan di kalangan masyarakat tempatan.

Beberapa pek sumbangan untuk golongan yang memerlukan turut disampaikan di program ini. Pemeriksaan kesihatan percuma pula memberi peluang kepada penduduk berdekatan mendapatkan pemeriksaan kesihatan asas tanpa perlu ke hospital atau klinik.

Turut diadakan demo dan taklimat daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengenai teknik-teknik CPR.

Program dihangatkan lagi dengan demo kebakaran dan taklimat oleh bomba. Pihak bomba menunjukkan kaedah penggunaan alat pemadam api dengan betul.

Upacara penutup program diteruskan dengan ucapan oleh Ustaz Hj Abdul Rhaffor Hj Mahmod selaku Pengerusi Masjid Kubang Semang, diikuti ucapan dari Ustazah Nor Hapiza Saad selaku Ketua Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh, dan diteruskan dengan ucapan pimpinan PAS kawasan iaitu Ir wan Rafaei Dato Rashid, selaku Ketua Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh, dan Hj Amir Hamzah selaku Timbalan YDP PAS Permatang Pauh.

Tazkirah ringkas dan doa penutup oleh Ustaz Fawwaz Md Jan, Exco Pemuda PAS Permatang Pauh telah mengakhiri majlis.

Diharapkan agar program ini dapat mendekatkan lagi masyarakat setempat kepada PAS sekaligus menyokong penuh perjuangan PAS.