Home Berita PAS Wilayah

Mini Karnival Eratkan Masyarakat dengan PAS Bandar Tun Razak

816
SHARE

Oleh : Muhammad Irwan

4 Mac, Sungai Besi: PAS Bandar Tun Razak telah berjaya mengadakan program Mini Karnival PAS Bandar Tun Razak 2.0. Suasana program ini meriah dengan penerimaan masyarakat tempatan.

Tujuan program ini diadakan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara PAS Bandar Tun Razak dan memperkenalkan pimpinan-pimpinan PAS Bandar Tun Razak di samping membuka peluang perniagaan kepada usahawan-usahawan tempatan.

Antara program-program yang dijalankan adalah sukan rakyat, jualan amal, tukar minyak hitam motorsikal percuma, pemeriksaan kesihatan percuma, kuliah dhuha dan zikir munajat oleh Ust Shafie Abd Rahman dan lain-lain lagi.

Turut hadir dalam program ini adalah Yang Dipertua PAS Bandar Tun Razak, En. Md Shukor Aziz, Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Desa Tasik Fasa 1A, En. Suwandi Ahmad, Ketua Muslimat PAS Bandar Tun Razak, Dr Rosni Adam dan pimpinan-pimpinan yang lain.

Dr Rosni mengatakan “PAS adalah sebuah parti yang menitikberatkan tentang kebajikan dan kesejahteraan. Islam satu-satunya agama yang memberi hak kepada semua golongan tanpa mengira agama, bangsa, jantina dan sempadan.

“Jualan kebajikan yang kita buat sebagai satu usaha PAS untuk meringankan beban rakyat yang susah dan sengsara akibat kenaikan kos sara hidup yang tinggi pada hari ini.” ujar beliau dalam ucapan penutupan program ini.

En Suwandi mengucapkan terima kasih kepada PAS Bandar Tun Razak kerana sudi mengadakan program di Pangsapuri Desa Tasik.

“Program sebegini amat dialu-alukan kerana dapat mengeratkan hubungan antara penduduk dengan pemimpin setempat.” ujar beliau semasa memberikan ucapan.