Home Berita PAS Perlis

Pemimpin Adalah Khadam, Bukan Tuan

1799
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

PADANG BESAR : Pemimpin merupakan khadam yang berkhidmat untuk rakyat, bukannya tuan yang menjadikan rakyat sebagai hamba, demi kesenangan hidupnya.

Demikian ingatan daripada Mursyidul Am PAS ketika berucap di Kompleks Tarbiyah PAS Kawasan Padang Besar sempena Sambutan Jubli Perak PAS Padang Besar pada 4 Jun yang lalu.

Katanya, Islam menetapkan seseorang pemimpin adalah hamba kepada kaumnya dan mana-mana individu yang tidak bersedia berbuat demikian tidak layak dilantik menjadi pemimpin.

Hal ini kerana, tanggungjawab kepimpinan itu amatlah besar dan berat manakala amanah tersebut akan dipersoalkan di hadapan Allah nanti.

“Apa maksud khadam, khadam ni bukan tuan, dia (khadam) hamba kepada rakyatnya.

“Kita (PAS) berpegang kepada prinsip kita, yakni para pemimpin kita adalah khadam kepada masyarakat.

“Kita fikir kita kurus (susah) tak mengapa, asal rakyat senang, inilah fikrah yang tidak difikir oleh ahli-ahli politik sekular,” sambungnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan betapa permasalahan yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini adalah kerana para pemimpin sibuk mendahulukan kepentingan diri sendiri berbanding rakyat.

Justeru, beliau mengajak seluruh rakat agar memilih pemimpin yang benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat berbanding menggunakan jawatan dan kedudukan demi memenuhi cita-cita peribadi mereka.

“Kita (rakyat) sekarang sedang dipimpin oleh para pemimpin yang sibuk menggemukkan (membina kekayaan) dirinya.

“Kalau nak selamat, kita kena pilih parti yang bersedia untuk jadi khadam kepada masyarakat,” katanya.