
Oleh : Muhammad Fadzli Bin Abu Bakar
Syabab Care telah berkesempatan untuk menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga 2 orang guru yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di kilometer 32 Jalan Merotai, Tawau pada awal pagi Rabu, 5 Ogos lalu.

Dalam kejadian tersebut semua mangsa 4 orang perempuan yang berumur antara 24 hingga 38 tahun itu merupakan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Umas Umas di Felda Umas, Tawau. Sebelum kejadian, kira-kira pukul 6 pagi hari tersebut kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah bandar Tawau sedang menuju ke sekolah.

Semoga guru tersebut cepat sembuh dan kami doakan yang telah kembali ke rahmatullah agar ruhnya dicucuri rahmat serta diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu. Aminnn.
Syabab Care: Kebajikan Tanpa Sempadan.
Muhammad Fadzli Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor