Home Artikel PAS Selangor

Kejadian Pokok Tumbang Sekitar Kawasan Bangi – “Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

341
SHARE

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin

Bangi, Selangor | 24 September 2020

Dalam kejadian hujan ribut kelmarin mendapat berita terdapat beberapa batang pokok besar telah tumbang di sekitar Kawasan Bangi. Setelah beberapa lama menanti bantuan pihak PBT tidak kunjung tiba sehingga jam 12 tengah malam namun pokok yang tumbang masih tidak dipotong dan dialihkan sedangkan orang ramai akan keluar bekerja melalui jalan tersebut esok pagi.

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bangi telah turun ke kawasan pokok tumbang berkenaan bagi melakukan kerja-kerja pemotongan dan pengalihan segera serta membersihkan kawasan sekitarnya.

Tahniah dan terima kasih Sahabat-sahabat Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor Kawasan Bangi yang diketuai oleh Tuan Baharuddin Roz yang telah turun tengah malam tadi walaupun ada diantara mereka yang akan bekerja pada keesokan paginya.

Namun semangat juang bekerbajikan anak-anak muda yang sentiasa membantu Ummah telah tebal dalam diri mereka.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#BeramalKeranaAllah
#PemudaBangkitDemiIslam