Home Artikel PAS Selangor

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor – JAMNS Menjalankan Kempen “Jom Pakai Mask”

319
SHARE

Setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tamatkan tetapi kita masih lagi tertakluk pada satu lagi SOP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung penularan pendemik wabak COVID-19.

Walaupun keadaan semasa yang dijangkiti wabak COVID-19 ini tidak menentu namun pihak Kerajaan terutamanya Frontliner “Hero Negara” cuba mengawal pendemik wabak COVID-19 ini dari menular dengan mengenakan SOP yang lebih ketat.

Dengan itu Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor (JAMNS) mengambil inisiatif dengan menjalankan satu kempen “Jom Pakai Mask” kepada seluruh masyarakat supaya senantiasa ingat dan berhati – hati bagi mengelak dijangkiti pendemik wabak COVID-19 ini.

Marilah kita sama – sama menjaga penjarakkan diantara kita dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

19 Zulhijjah 1441H | 9 Ogos 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan

#KitaJagaSemua

#JabatanAmalMalaysiaNegeriSelangor

#BeramalKeranaAllah