Home Berita PAS Wilayah

Mesyuarat Agung Tahunan DMPKB Kali Ke-34

69
SHARE

Mesyuarat Agung Tahunan DMPKB Kali Ke-34

Oleh Maizatul Asida

BATU, 3 Julai : Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu (DMPKB) kali ke-34 telah berlangsung di Markaz PAS Kawasan Batu baru-baru ini.

Majlis yang bermula sekitar jam 9.00 pagi tersebut turut dirasmikan oleh Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Wilayah Persekutuan, Dr. Azahar Yaakub dengan bacaan Surah Al-Fatihah.

Menurut beliau dalam ucapan perasmiannya, Muslimat mesti berani untuk turun ke medan masyarakat bagi menyampaikan dakwah serta memberikan kesedaran tentang kepentingan politik negara.

“Ilmu agama yang disampaikan bukan sekadar hanya untuk pembangunan diri dan keluarga, tetapi juga adalah untuk membangunkan ummah” ujar beliau.

Antara yang turut hadir sama adalah Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) merangkap pemerhati daripada DMPWP, Dr Salmah Abdul Rahman dan Puan Khasiah Abdul, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu merangkap pemerhati daripada PAS Kawasan Batu, Jazrim Shah Mohd Zakaria serta Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, Hajah Salbiah Abd Wahab.

Hajah Salbiah dalam ucapan pergulungan turut berpesan supaya Muslimat saling mengukuhkan ukhwah demi memastikan segala gerak kerja dapat berjalan dengan lancar.

Majlis berakhir sekitar jam 1.00 petang dan hampir kesemua hadirin yang hadir rata-rata memakai baju kurung rasmi PAS bersama tudung putih.