Home Berita PAS Wilayah

PERKIM anjur bengkel dakwah anak muda

40
SHARE

Oleh : Muhamad Abdul Fateh

WANGSA MAJU 13 Julai: PERKIM Cawangan Wangsa Maju dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengadakan bengkel dakwah anak muda, kelmarin di Dewan Seminar Masjid Al-Fateh Kem Wardieburn, Wangsa Maju.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, Dato’ Nakhaie Ahmad.

Remaja dan belia merupakan golongan yang paling dekat dengan ilmu kerana mereka berada di alam pembelajaran di sekolah, kolej mahu pun universiti.

Mereka di asah untuk menjadikan ilmu yang mereka pelajari sebagai panduan hidup dan mengamalkan ilmu yang dipelajari sebagai ibadah supaya ilmu yang dipelajari terutama subjek pengajian Islam dapat diaplikasi dan tidak hilang selepas tamat sesi pembelajaran.

Pengarah program, Muhd Nur Azmi Yusuf berkata, ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan remaja dan belia tentang penglibatan mereka sebagai pendakwah dalam masyarakat.

Ia dilaksanakan sebagai satu pembelajaran tambahan kepada mereka tentang pengenalan dunia dakwah dan memberi kefahaman kepada mereka keperluan berdakwah.

Seramai 45 peserta terdiri daripada pelajar Kolej dan anak muda kariah masjid dan surau sekitar Wangsa Maju.

Turut hadir sama Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, Ustaz Abdul Rani Bin Mohamed Daud, wakil Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan jawatankuasa Masjid Al-Fateh Kem Wardieburn.