Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Mesyuarat Agung PAS Jelebu semarak langkah ke arah PRU 15

294
SHARE
TPJ 3 Tuan Haji Kamrol sedang memberikan suntikan semangat kepada hadirin.

Oleh : Amirudin
JELEBU – Usaha pimpinan PAS Jelebu di bawah Tuan Norman Ipin, turun padang bertemu ahli-ahli di cawangan-cawangan PAS Jelebu membuahkan hasil apabila kehadiran ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Jelebu ke 30 semakin ramai dan meriah.

Tuan Haji Kamarol Ridzuan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, telah merasmikan mesyuarat agung tersebut dan memberikan suntikan semangat kepada hadirin.

SOP tetap dijaga

Hampir 100 orang perwakilan hadir termasuk VIP , Ahli Jawatankuasa PAS Jelebu dan cawangan serta pemerhati yang bertempat di Faez Tom Yam, Simpang Durian, namun SOP PKPP tetap dijaga.

Meriah!
Bergambar bersama pimpinan PAS Jelebu

Seterusnya Tabung Dana Pilihanraya PAS Kawasan Jelebu turut dilancarkan oleh Tn Hj Kamarol Ridzuan bagi menghadapi PRU 15 akan datang.

Turut hadir Dr Badzli Bakar, Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan.