Home Artikel PAS Melaka

Menyemarakkan semangat patriotik anak PASTI At-Taqwa 1

481
SHARE

Oleh : Najua Roslan

ALOR GAJAH, 28 Ogos : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) At-Taqwa Alor Gajah telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan peringkat cawangan PASTI di sini pagi tadi dengan tujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik di kalangan guru dan murid PASTI.

Menurut guru PASTI At-Taqwa, Rosela Alwi, program kali ini telah disambut meriah oleh guru dan murid-murid PASTI walau pun dalam suasana perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Rosela yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah itu menambah, sambutan kali ini agak meriah dengan murid-murid memakai pakaian beragam bertemakan kemerdekaan dan juga jamuan makan.

“Kita juga memberi hadiah kepada yang memakai pakaian beragam paling menarik.

“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa yang memberi sumbangan. Kerjasama ibubapa amat guru hargai.” Ujar beliau.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)