RUSILA – Buat pertama kali, Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Haji Azumu menziarahi dan menyantuni Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pada 8 Ogos yang lalu.
Ketibaan Menteri Besar Perak itu disambut penuh mesra dan ukhuwah oleh Dato’ Seri Tuan Guru dan keluarga bagi memperkukuh hubungan ukhuwah dan silaturrahim sesama mereka.
Turut hadir mewakili Kerajaan Negeri Perak, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil, YB Tuan Razman Zakaria dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Akmal Kamarudin, serta Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak, YB Ustaz Khalil Yahya.
#TokGuruKita #Ulamak #Umara #PakTeh #RazmanZakaria #PerakSejahtera #MalaysiaSejahtera #DemiIslam #IslamMemimpinPerpaduan