Home Artikel PAS Perak

Pak Teh Bertekad Cetus Gelombang Ekonomi Bagai Serai

275
SHARE

Image may contain: 4 people, people standingBAGAN SERAI

Menyelami kehidupan masyarakat kebanyakan di Bagan Serai khususnya di Dun Gunung Semanggol Pesuruhjaya PAS Perak YB Tuan Haji Razman Zakaria merasa terkesan dengan keadaan yang dilihat agak terpinggir dari kerancakan ekonomi berbanding kawasan berhampiran seperti Taiping dan Parit Buntar.

Susulan daripada itu beliau mengulangi tekad untuk berusaha menjadikan kawasan Gunung Semanggol antara satu daya tarikan pelancong bagi mencetus gelombang yang akan merancakkan ekonomi Hiliran.

Di samping itu beliau juga akan berusaha merealisasikan idea yang pernah dilontar oleh Ahli Parlimen Bagan Serai YB Datuk Noor Azmi Ghazali berkenaan pembinaan universiti di daerah tersebut.

“Pakteh kadang-kadang Kesian juga kalau bangkit subuh pukul 4, 5 pagi cuba kita tengok! Anak Melayu kita, anak Melayu Bagan Serai ni duk tunggu bas tepi jalan (walaupun) belum masuk (waktu solat) subuh lagi nak pergi kerja kat Pulau Pinang! Pasal apa ruang untuk kerja kat sini kita tak buat?

“Dato Azmi (dulu) nak bawa universiti kat sini, Pak Teh akan usahakan Insya-Allah. Pakteh dah suruh masukkan dalam RMK12. Kalau ada universiti kat sini Berapa banyak orang boleh kerja?

Ni, Insya-Allah dekat Gunung Semanggol ni, kita nak bawa naik! Nak buat (pelancongan) paraglider! Pakteh dah buka bincang dengan Rosman, dengan Ustaz Salahuddin ni, suruh sembang (sampaikan) dengan D/O (pegawai daerah) untuk bawa masuk dalam Rancangan Malaysia ke 12″, ujar beliau yang lebih mesra dipanggil ‘Pak Teh’ ketika berucap merasmikan Pelancaran Produk Pekasam Ikan Tilapia Laut di perkarangan Kedai Runcit Jamaluddin, Kampung tersusun, Simpang Empat Semanggol.

Produk tersebut merupakan projek usahasama Lajnah Ekonomi PAS Kawasan Bagan Serai dan Keselamatan Pimpinan PAS Perak (KPP).

Program di mulai dengan ucapan dari wakil pengarah projek Ustaz Baihaqi Ridwan disusuli dengan ucapan YB Razman dan diakhiri dengan acara memecah bongkah ais yang terdapat bungkusan produk didalamnya sebagai simbolik pelancaran serta penyerahan bungkusan produk kepada wakil-wakil pengedar yang dilantik sekitar kawasan Bagan Serai.

Turut hadir Ketua KPP Raja Aman Shah, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Hajah Rohaya, Ketua Lajnah Kebajikan Pas Kawasan Haji Ahmad dan Pengerusi As-sabiqun Tuan Haji Termizi.

Image may contain: 3 people, people standing and outdoorImage may contain: one or more people